Terma & Syarat

Saya adalah pendaftar (waris) bagi upah haji yang telah didaftarkan adalah tertakluk kepada peruntukan terma dan syarat EZ Kembara Sdn Bhd yang selepas ini akan dikenali sebagai “Syarikat” seperti yang digariskan berikut :

  1. Saya bersetuju untuk menerima sebarang pindaan semasa kepada pelaksanaan upah haji, yang difikirkan munasabah dan terbaik oleh pihak syarikat.
  2. Semua maklumat yang diberikan di dalam permohonan hanya digunakan oleh syarikat bagi tujuan upah haji dan penghantaran maklumat semasa syarikat yang berkaitan. 
  3. Saya bersetuju penyertaan upah haji ini dilaksanakan pada tahun ke hadapan sekiranya permintaan pada tahun semasa telah melebihi kuota yang ditetapkan oleh pengurusan syarikat.
  4. Saya bersetuju untuk menerima cenderahati lain sebagai ganti kepada Air Zam-zam sekiranya pihak syarikat mengalami kesulitan dalam menyediakan bekalan air zam-zam atas sebab-sebab yang berada di luar kawalan syarikat.
  5. Saya bersetuju dan bersedia memberikan sebarang kerjasama yang diperlukan kepada pengurusan syarikat bagi melancarkan proses pelaksanaan upah haji saya.
  6. Saya memperakui semua maklumat yang diberikan di dalam borang pendaftaran adalah benar.
  7. Sebarang pendaftaran yang dibuat melalui telefon, email dan whatsapp ; bukti bayaran perlu diserahkan kepada syarikat dan disahkan oleh syarikat bagi tujuan penghantaran resit pembayaran secara manual melalui alamat surat-menyurat yang diberikan oleh waris yang mendaftarkan pelaksanaan upah haji.
  8. Selepas pengesahan bagi pendaftaran upah haji diterima sama ada melalui auto (pendaftaran secara online, pengesahan diperolehi secara auto) atau secara manual (sekiranya pendaftaran dibuat melalui telefon, email dan whatsapp), pihak syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesalahan maklumat di dalam borang seperti salah alamat, nama dan sebagainya.
  9. Jika pendaftar (waris) ingin membuat sebarang perubahan dalam borang, pendaftar perlu memaklumkan kepada pihak syarikat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas pendaftaran dibuat.
  10. Kos bagi pelaksanaan upah Haji adalah RM 2500.00 untuk seorang penama Upah Haji sahaja.
  11. Bagi pendaftaran yang dibuat secara manual ; Pihak Syarikat berhak mendapatkan slip pembayaran atau bukti transaksi pembayaran bagi pembayaran yang dibuat secara Perbankan Online seperti pemindahan (Transfer) melalui Maybank2u, CimbClicks dan lain-lain. Makluman (Notification) yang dihantar melalui email oleh pihak perbankan sebaik sahaja pembayaran dibuat tidak dianggap sebagai bukti bayaran. Ini bagi memudahkan proses syarikat dalam melancarkan lagi pengurusan upah haji.
  12. Syarikat tidak bertanggungjawab kepada sebarang kesilapan pembayaran yang dibuat ke akaun yang salah oleh pendaftar (waris). Pendaftar dinasihatkan agar terus membuat laporan segera kepada pihak perbankan yang terlibat sekiranya berlaku kesilapan ketika membuat pembayaran. 
  13. Saya bersetuju untuk menerima semua Terma dan Syarat di atas beserta sijil dan cenderahati yang ditetapkan oleh syarikat tanpa sebarang prejudis.