QURBAN 1442H

QURBAN 1442H – MAKKAH

Makkah antara yang paling banyak terkesan akibat pandemik Covid-19. Sebahagian besar peniaga yang bergantung dengan sumber ekonomi melalui Jemaah Haji dan Umrah tidak dapat bertahan sepanjang dua tahun penutupan Haji dan Umrah.


Sembelihan Qurban Kambing bagi tahun 1442H/2021 telah dilaksanakan di salah satu Pusat Sembelihan yang ada di Makkah iaitu di Pusat Sembelihan Kilo Asyara. Daging sembelihan diagihkan di sekitar Khansa dan Nuzha.


Semoga Allah SWT menerima ibadah kita dan memberikan manfaat kebaikan kepada saudara kita yang memerlukan melalui Program Qurban yang dilaksanakan. Aamiin.