FAQ

F & Q PROSES UPAH HAJI


SOALAN 1:

Apakah hukumnya dalam Islam mengerjakan upah haji untuk orang yang sihat dan berkemampuan dari segi fizikalnya lalu meninggal dunia?


JAWAPAN:

Hukum mengerjakan haji untuk orang lain dinamakan badal haji (upah haji).

Hukumnya diharuskan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadith daripada Nabi ﷺ:

Maksudnya: 
“Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ        dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan”.” - Hadis riwayat al-Bukhari, Ahmad dan An-Nasaie

Hadith di atas menjelaskan boleh melaksanakan haji bagi pihak yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi juga membuat perbandingan antara orang yang melunaskan haji yang belum dikerjakan sama dengan melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.

Badal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya lalu melaksanakan haji untuk orang lain sama ada seseorang yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji ke tanah suci, sama ada dengan upah atau tidak.  (Dipetik dari Laman Mufti Wilayah AL-KAFI #433 : HUKUM BADAL HAJI)

Syarat Badal Haji Yang Sah

Walaupun syarat badal haji diharuskan tetapi hendaklah menepati syarat-syarat seperti berikut:

  • Tidak sah badal haji bagi yang mampu untuk melakukannya sendiri.
  • Boleh dilakukan upah haji ini kepada mereka yang sakit tiada harapan sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang meninggal dunia.
  • Badal haji tidak sah kepada orang fakir kerana ketiadaan wang, ia hanya untuk orang yang lumpuh/sakit/tidak berdaya dan tiada harapan sembuh daripada penyakit.
  • Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji untuk orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
  • Boleh bagi wanita melaksanakan badal haji untuk lelaki dan sebaliknya
  • Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
  • Sebaiknya badal haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yang terdekat dengannya. Jika dilakukan oleh orang lain, maka hukumnya adalah harus.
  • Tidak boleh seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan pula kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu.
  • Perlu diwakilkan atau diupah haji itu kepada seorang yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut.

Kesimpulannya, hukum mengupah haji bagi mereka yang telah meninggal dunia yang tidak sempat untuk menunaikan haji ketika hidup adalah diharuskan syarak namun terlebih afdhal waris sendiri yang melaksanakan upah haji bagi seseorang yang meninggal dengan syarat yang telah disebutkan tadi. Sekiranya tiada waris terdekat barulah boleh mengupah orang lain melaksanakannya berdasarkan syarat-syarat yang disebutkan tadi. (Dipetik dari Laman Mufti Wilayah AL-KAFI #433 : HUKUM BADAL HAJI)

SOALAN 2:
Berapa lamakah Proses Badal haji ini diperlukan?

JAWAPAN:
Proses Badal Haji boleh kita kategorikan kepada 3 bahagian :

  • Proses Pertama: Proses pendaftaran, setiap tahun, kami membuka pendaftaran bermula bulan November sebaik selesai musim Haji tahun semasa sehingga 45 hari sebelum Musim Haji seterusnya (Tempoh pendaftran adalah 7 sehingga 8 bulan). 
  • Proses Kedua: Proses pemilihan individu-individu yang bakal diamanahkan untuk melaksanakan upah haji oleh wakil kami di Tanah Suci. Kebiasaan proses ini mengambil masa 4-5 bulan sebelum musim haji bermula untuk mencari individu-individu yang sesuai dan diyakini. 
  • Proses Ketiga: Pelaksanaan Upah Haji ketika Musim Haji dan pengurusan sijil dan cenderahati. Sijil & cenderahati diproses dan disediakan oleh wakil kami di Tanah Suci dan mengambil masa selewat-lewatnya 2 bulan selepas Musim Haji untuk tiba di Malaysia. Pembungkusan sijil dan cenderahati di pihak kami mengambil masa selewat-lewatnya satu (1) bulan selepas penerimaan dari Tanah Suci sebelum diposkan kepada para waris. 
SOALAN 3:
Adakah wakil atau petugas yang akan melaksanakan Badal Haji pihak Tuan boleh dipercayai?

JAWAPAN:
Alhamdulillah sudah 6 tahun berturut-turut EZ Kembara berurusan dengan wakil di Tanah Suci, InsyaAllah kami yakin dengan amanah yang diberikan kepada wakil di Tanah Suci setelah melalui beberapa penilaian oleh pihak syarikat. Wakil di Tanah Suci juga dipantau oleh Ketua Rombongan Umrah EZ Kembara yang bertolak ke Tanah Suci sepanjang tahun.

SOALAN 4:
Adakah Wajib pelaksana Badal Haji bagi arwah adalah mengikut jantina arwah yang dibuatkan upah haji?

JAWAPAN:
Tiada dalil khusus menyatakan harus orang yang melaksanakan badal itu sama jantina dengan penama yang dihajikan, yang ada setakat ini hanyalah Hadith berbentuk umum:

Maksudnya:
Telah menceritakan kepada kami [Musa bin Isma'il] telah menceritakan kepada kami [Abu 'Awanah] dari [Abu Bisyir] dari [Sa'id bin Jubair] dari [Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma] bahwa ada seorang wanita dari suku Juhainah datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: "Sesungguhnya ibuku telah bernadzar untuk menunaikan haji namun dia belum sempat menunaikannya hingga meninggal dunia, apakah boleh aku menghajikannya?". Beliau menjawab: "Tunaikanlah haji untuknya. Bagaimana pendapatmnu jika ibumu mempunyai hutang, apakah kamu wajib membayarkannya?. Bayarlah hutang kepada Allah karena (hutang) kepada Allah lebih patut untuk dibayar". - (Hadith Riwayah Bukhari: 1513 )

Namun perlu diketahui, kebanyakan petugas atau wakil badal haji adalah daripada kalangan lelaki kerana bagi wanita agak berisiko untuk dipilih disebabkan faktor keuzuran atau mahram. 

SOALAN 5:
Adakah Sijil dan cenderahati yang diberikan kepada waris disediakan dari Malaysia?

JAWAPAN:
Tidak, sijil dan cenderahati yang dibekalkan kepada Waris adalah disediakan oleh wakil kami dari Tanah Suci. 

SOALAN 6:
Mengapa bayaran upah haji dari syarikat tuan adalah RM 2500.00 sedangkan banyak harga yang jauh lebih murah di luar? 

JAWAPAN:
Saudara/i perlu berhati-hati dengan kos upah haji yang kebanyakannya terlalu rendah. Kos upah bagi seorang wakil yang melaksanakan upah haji melibatkan kos makanan, pengangkutan dan tempat tinggal jika perlu. Kos pemprosesan sijil dan cenderahati dari Tanah Suci dan pengeposan ke Malaysia serta pertukaran mata wang Saudi Riyal (SR) dan Ringgit Malaysia (MYR) turut mempengaruhi kos upah haji. Umumnya kita semua maklum kos melaksanakan Haji bagi seorang individu dari Malaysia ke Tanah Suci melebihi RM10,000.00. Justeru, kos upah haji ini hanya melibatkan wakil yang sedia ada di Tanah Suci. 

SOALAN 7:
Apakah kaedah penghantaran sijil dan cederahati yang digunakan oleh pihak EZ Kembara?

JAWAPAN:
Penghantaran Sijil kami menggunakan perkhidmatan Pos Berbayar, bagi waris atau pendaftar yang tidak dapat datang untuk mengambil sendiri sijil dan cenderahati di pejabat kami. Justeru, maklumat surat-menyurat perlu diisi dengan betul bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Syarikat tidak bertanggungjawab dengan kesilapan alamat surat-menyurat yang disebabkan oleh kecuaian pendaftar. Sebarang masalah berkaitan alamat surat-menyurat, maklumkan segera sebaik sahaja pendaftaran telah dibuat (Tempoh diberikan 1 minggu selepas pendaftaran upah haji bagi sebarang masalah berkaitan alamat surat-menyurat). Bagi pengeposan sijil dan cenderahati yang telah dibuat kepada waris namun dipulangkan semula kepada syarikat, waris diminta untuk mengambil sijil dan cenderahati berkenaan di pejabat urusan EZ Kembara atau membuat bayaran tambahan bagi pengeposan kali kedua